LAPORAN AKTIVITI
MESYUARAT AGUNG TRITAHUNAN ANULAE CAWANGAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI KALI KE-5 SESI 2023-2026TARIKH |
: 9 OGOS 2023 |
MASA |
: 9.30 PAGI |
TEMPAT |
: DEWAN UTAMA, MBIP MEDINI |
Mesyuarat Agung Tri Tahunan ANULAE Cawangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah diadakan pada 9 Ogos 2023 bertempat di Dewan Utama MBIP Medini dengan kehadiran ahli seramai 748. Mesyuarat Tri Tahunan ANULAE telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP. Turut hadir bersama Puan Hajah Khasanah binti Sufa’at@Supaat, Setiausaha MBIP, Encik Norman bin Haji Taib, Setiausaha Agung ANULAE Semenanjung Malaysia dan juga merupakan Pengerusi CUEPACS Melaka, Encik Syed Alwi bin Suleiman, Pengerusi CUEPACS Negeri Johor, Encik Rahmat bin A. Majid, Setiausaha CUEPACS Negeri Johor dan juga merupakan Pengerusi ANULAE MBJB, Encik Ahmed Fairouz bin Mohamed Dan, Bendahari CUEPACS Negeri Johor. Kehadiran ahli ANULAE MBIP