Pengenalan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri
Dana permulaan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri adalah sumbangan 1 peratus (%) daripada hasil cukai harta tahun semasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
Pemotongan 1 peratus (%) daripada hasil cukai itu akan dijadikan sebagai sumbangan tahunan untuk menggerakkan setiap program pembasmian kemiskinan bandar dan juga sumbangan yang dilihat perlu untuk meringankan lagi beban masyarakat.
Dana lain yang akan diperolehi adalah melalui sumbangan luar seperti daripada individu,syarikat korporat dan NGO.
Penubuhan yayasan ini bukan bersifat sementara tetapi akan terus ditambah baik dari semasa ke semasa bergantung kepada kebijaksanaan pengerusinya.
Tingkat 3, Wisma MBIP Skudai, 81300 Skudai, Johor
No. Tel: 07-5590766 / 07-5569884
Emel: yayasanpenyayangiskandarputeri@gmail.com